Kanak-kanak ditikam 59 kali - Utusan Malaysia

Kanak-kanak ditikam 59 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Hasil daripada laporan pihak forensik terhadap kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dibunuh bapa saudaranya dengan gunting di Jalan Kuang Gunung 4, Kepong di sini mendapati mangsa mengalami ditikam sebanyak 59 kali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek yang dipercayai penagih dadah sedang memotong straw untuk menghisap dadah jenis methamphetamine sebelum diganggu mangsa.

“Suspek dikatakan menolak mangsa tanpa disedari dia turut menikam kanak-kanak itu berkali-kali dengan senjata tersebut.

“Kes ini dianggap selesai dengan penahanan lelaki tersebut dan kertas siasatan telah diserahhan kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Selena itu ditemukan neneknya di dalam bilik stor kediaman mereka dengan lebih 30 kesan tikaman di badannya.

Difahamkan suspek berusia 21 tahun yang merupakan saudaranya datang ke rumah tersebut bagi melawat ahli keluarga sebelum berlaku insiden tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini