KUALA LUMPUR 28 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya membuka ruang perbincangan dengan persatuan penjaja berhubung isu penutupan bazar perayaan di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan kawasan sekitarnya.
Ketua Kawasan (Cawangan Masjid India) Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), Mek Zainab Man berkata, setakat ini tiada ruang perbincangan kerana pihaknya tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Datuk Bandar, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.
“Saya sangat terkilan apabila setiap kali ingin menemui beliau, pelbagai alasan diberikan seperti tiada di pejabat atau menghadiri mesyuarat seolah- olah cuba mengelak daripada berjumpa kami.
“DBKL sepatutnya menddengar rintihan dan keluhan penjaja. Adakah mereka tahu penutupan bazar itu memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi penjaja seperti kami,” katanya dalam sidang akhbat di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











