[VIDEO] Hukuman mati perlu dikaji semula - Utusan Malaysia

[VIDEO] Hukuman mati perlu dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Hukuman mati merupakan salah satu daripada bentuk hukuman yang popular dalam sejarah sistem perundangan manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, sejak kebelakangan ini, para aktivis hak asasi manusia meminta agar hukuman ini dikaji semula kerana hukuman mati tidak menjamin pengurangan berlakunya jenayah dalam masyarakat.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Umar Mukhtar Mohd Noor berkata, hukuman mati biasanya dijatuhkan sebagai hukuman bagi Orang Kena Tuduh (OKT) yang sudah dibuktikan bersalah berdasarkan fakta dan hasil penyiasatan.

“Kesalahan yang dikanunkan sebagai kesalahan berat memperuntukkan hukuman mati sebagai hukuman paling berat bagi mengekang perilaku jenayah.

“Tetapi, nyawa manusia juga perkara paling bernilai untuk dijaga.

“Setiap hukuman yang dijatuhkan perlu juga mengambil kira masalah keluarga si mati dan peluang kedua bagi pihak bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkenaan pelaksanaan hukuman mati di Hotel Primiera, Kuala Lumpur.

Turut sama dalam seminar berkenaan, Penasihat Projek Asian Pacific Forum (APF) mengenai hukuman mati, Datuk Mah Weng Kwai; Pesuruhjaya Tinggi, Komisen Tinggi Australia, H.E. Andrew John Lech Goledzinowsku AM; dan Ahli Perlimen Malaysia, Kasthuriraani Patto. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini