Pasangan suami isteri ketagih syabu ditahan - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri ketagih syabu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Sepasang suami isteri yang telah mempunyai tiga zuriat, namun tidak serik menagih dadah jenis syabu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis di sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di sini malam semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, pasangan suami isteri yang berusia awal 30-an itu mula ketagih syabu sejak empat tahun lalu dan sering menagih bersama-sama sebelum ini.

Suspek lelaki merupakan seorang nelayan sementara isterinya tidak bekerja.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata, turut ditahan ialah rakan perempuan mereka yang berusia 21 tahun.

“Suspek lelaki yang merupakan suami wanita itu pernah menjalani hukuman di Pusat Serenti Bukit Chabang, Padang Besar dekat sini.

“Sementara itu, isteri suspek merupakan Orang Kena Pengawasan (OKP) kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ops Perdana yang dilancarkan AADK dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis menumpukan kawasan penagihan di sini, Arau dan Kuala Perlis.

Seramai 30 suspek lelaki dan wanita berusia 16 hingga 50 tahun telah ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu dan candu dalam operasi itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini