DBKL kekal keputusan tutup bazar perayaan di Jalan TAR - Utusan Malaysia

DBKL kekal keputusan tutup bazar perayaan di Jalan TAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini tetap dengan  pendirian menutup bazar perayaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini bermula tahun depan  meskipun dibantah orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, keputusan itu hanya melibatkan penutupan bazar Ramadan dan bazar Deepavali namun tidak melibatkan pasar malam mingguan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd. Amin Nordin Abd Aziz berkata langkah itu terpaksa diambil berikutan terlalu banyak aduan yang timbul di kawasan berkenaan termasuk isu sampah-sarap dan halangan-halangan sehingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Sebelum ini, bazar ini diuruskan oleh persatuan-persatuan dan ia jadi tidak teratur. 

“Sama juga bila kita (DBKL) cabut undi bersama peniaga dengan penyelarasan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia pun masih wujud masalah kebersihan, bantahan daripada pemilik kedai di jalan itu serta penjaja haram yang ambil kesempatan membuat keuntungan berlipat kali ganda daripada harga sewa asal. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini