PUTRAJAYA – Bekas suami seorang pelakon wanita antara dua individu yang ditahan reman selepas bertindak menyamar sebagai pegawai pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suapan untuk menyelesaikan kes rasuah seorang ahli politik bergelar Datuk.
Majistret Shah Wira Abdul Halim memerintahkan kedua-duanya ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Julai ini bagi membenarkan SPRM menjalankan siasatan.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang tidak bekerja dengan salah seorangnya telah diisytiharkan bankrap tiba di mahkamah majistret di sini pada pukul 10.13 pagi memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari.
Kedua-dua suspek berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dalam satu tangkapan yang dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang dan 10 malam semalam hari yang sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. -K! ONLINE











