Jerman layak tersingkir - Neuer - Utusan Malaysia

Jerman layak tersingkir – Neuer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAZAN, Rusia – Ketua pasukan Jerman, Manuel Neuer mengakui pasukannya layak disingkirkan selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan E pentas Piala Dunia 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada bola sepak terbesar dunia kali ini, Jerman yang merupakan juara bertahan hanya meraih satu kemenangan dan dua kekalahan termasuk tewas memalukan 0-2 kepada wakil Asia, Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam.

“Kami tidak beraksi seperti yang diharapkan. Ketiga-tiga perlawanan yang kami harungi tidak meyakinkan khususnya apabila anda bergelar juara bertahan.

“Ini bukanlah aksi Jerman sebenar kerana barisan pemain tidak menunjukkan komitmen yang tinggi seperti biasa. Ia sangat memalukan dan kami layak tersingkir daripada peringkat kumpulan,” katanya yang merupakan penjaga gol utama pasukan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini