Lebih 60 balai bomba di seluruh negara uzur - Utusan Malaysia

Lebih 60 balai bomba di seluruh negara uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti lebih 60 balai bomba di seluruh negara berada dalam keadaan uzur serta memerlukan penambahbaikan dan pembinaan semula di lokasi baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kebanyakan balai bomba itu telah lama dibina dan berada di lot bangunan kedai yang tidak sesuai kedudukannya berikutan pertumbuhan pesat di kawasan tersebut.

“Kebanyakannya dibina sewaktu bandar atau kawasan itu belum membangun, jadi apabila sudah membangun, penduduk pula semakin ramai. Kita kena lihat kesesuaian dan kaji semula penempatannya.

“Setakat ini kementerian telah kenal pasti lebih 60 balai bomba yang perlu dikeluarkan dari kawasan bangunan kedai untuk dibina semula di tempat baharu dalam tempoh lima tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin bernilai RM14 juta yang siap pada 13 September 2013 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mohamad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Hamdan Wahid, Pengarah JBPM negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin serta Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini