Remaja mabuk cederakan ibu kandung ditahan - Utusan Malaysia

Remaja mabuk cederakan ibu kandung ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG – Seorang ibu terpaksa menanggung kesakitan selepas dibelasah anak lelaki­nya yang berang akibat ditegur ke­rana mabuk dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Lubok Tuan di sini petang Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 51 tahun itu mengalami lebam pada mata kanan dan luka pada dahi akibat dipukul anak lelakinya yang berusia 18 tahun.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffai berkata, sebelum kejadian, mangsa menegur kelakuan anaknya yang kerap mabuk sebelum suspek naik angin lalu mengamuk dengan menendang meja makan serta merosakkan sebahagian barang dapur.

“Suspek yang semakin tidak dapat dikawal kemudian menarik rambut anak saudaranya yang berumur tiga tahun yang ketika itu bermain di dapur,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini