PM melawat Indonesia hari ini - Utusan Malaysia

PM melawat Indonesia hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia mulai hari ini untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama.

Memuatkan artikel berkaitan…
Wisma Putra dalam kenyata­an semalam berkata, Dr. Mahathir akan diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurut kenyataan tersebut, Dr. Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan menghadiri jamuan te­ngah hari dihoskan Presiden itu.

“Lawatan itu menyediakan platform bagi kedua-dua pe­mimpin untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama.

“Ia juga akan membolehkan Malaysia memaklumkan dasar-dasar terbaru kerajaan dan pendiriannya terutama membabitkan isu-isu kepentingan bersama. Selain itu, kedua-dua pemimpin juga akan berpeluang untuk bertukar-tukar panda­ngan berhubung isu serantau dan global,” kata kenyataan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini