Pahlawan Korea tamatkan riwayat Jerman - Utusan Malaysia

Pahlawan Korea tamatkan riwayat Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAIKAN satu sumpahan buat sang juara apabila Jerman yang merupakan pemenang Piala Dunia 2014 tersingkir awal pada peringkat kumpulan selepas tewas memalukan 0-2 kepada Korea Selatan di Arena Kazan, Rusia semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih malang, kemenangan 3-0 Sweden terhadap Mexico dalam satu lagi aksi terakhir Kumpulan F di Arena Ekaterinburg juga mengesahkan penyingkiran skuad bimbingan Joachim Low tersebut.

Terdahulu, Sweden, Jerman dan Korea Selatan bersaing untuk merebut satu lagi slot ke peringkat kalah mati memandangkan Mexico sudah berada sebelah kaki layak ke pusingan seterusnya.

Jerman yang perlu menang ke atas Korea Selatan sambil mengharapkan Sweden tewas kepada Mexico untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya terpaksa menggigit jari apabila keputusan mengejutkan itu berlaku. Skuad Die Mannschaft itu mengalami antara kekalahan terburuk dalam sejarah di pentas Piala Dunia.

Badi sebagai juara bertahan tersingkir awal bukan hanya berlaku terhadap Jerman, bahkan Sepanyol yang merupakan juara Piala Dunia 2010 juga tersingkir awal pada peringkat kumpulan bagi edisi 2014, manakala Itali turut mengalami nasib sama tahun 2010 dan Perancis (2002).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN