Ancaman bom gemparkan bandar tuan rumah Piala Dunia - Utusan Malaysia

Ancaman bom gemparkan bandar tuan rumah Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSTOV-ON-DON, Rusia – Polis Rusia menyatakan semalam bahawa pihaknya menerima beberapa ancaman bom di bandar tuan rumah Piala Dunia, Rostov-on-Don, menyebabkan sejumlah bar dan restoran dikosongkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada 26 Jun, polis menerima siri panggilan telefon mengenai bahan letupan diletakkan di beberapa lokasi di Rostov-on-Don,” kata polis tempatan dalam satu kenyataan.

“Pihak polis membuat semua pemeriksaan yang diperlukan, manakala tiada objek berbahaya ditemui,” kata kenyataan tersebut.

Seorang anggota polis di hotel Topos Congress, Rostov-on-Don yang dikosongkan sekitar pukul 4 pagi semalam (waktu Malaysia) berkata, sebanyak 16 premis di seluruh bandar itu telah dikosongkan.

Seorang pengurus sebuah restoran makanan Itali di bandar itu memberitahu bahawa kakitangannya diarah meninggalkan bangunan selama dua jam selepas ancaman bom itu diterima.

Sementara itu, se­orang jurucakap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) enggan me­ngulas si­tuasi tersebut.

Bandar Rostov-on-Don yang terletak sekitar 955 kilometer ke selatan Moscow setakat ini menjadi tuan rumah kepada empat perlawanan Piala Dunia terma­suk kemenangan 2-1 Croatia menentang Iceland kelmarin, manakala perlawanan seterusnya berlangsung pada Isnin depan. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini