HLB peruntuk RM2.5 bilion - Utusan Malaysia

HLB peruntuk RM2.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hong Leong Bank Bhd. (HLB) memperuntukkan seba­nyak RM2.5 bilion untuk pembia­yaan segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tahun kewangan baharu yang akan bermula 1 Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Domenic Fuda berkata, dana yang dijangka memanfaatkan kira-kira 5,000 pelanggan itu bertujuan untuk menggalakkan lagi pertumbuhan protfolio PKS bank berkenaan.

Ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan segmen perniagaan yang merupakan tulang belakang pertumbuhan ekonomi negara.

“Pada masa ini 98.5 peratus daripada syarikat berdaftar di Malaysia tergolong dalam kelompok PKS dan menyumbangkan kira-kira 35 peratus kepada KDNK.

Dijangkakan sumba­ngan akan bertambah kepada 40 hingga 45 peratus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Kami memahami cabaran yang dihadapi PKS untuk memperkukuh dan mengembangkan perniagaan, maka adalah penting bagi mereka mempunyai saluran dan peralatan yang memenuhi segenap keperluan bagi mencapai matlamat ber­kenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena pelancaran Rangkaian Penyelesaian Digital dan skim pembiayaan SMElite HLB di sini semalam.

Domenic menjelaskan, SMElite yang merupakan sebuah skim pembiayaan sokongan hartanah merupakan sebahagian daripada rangkaian produk khusus yang ditawarkan kepada PKS.

“Memperuntukkan saiz portfolio bernilai RM1 bi­lion, skim ini membenarkan PKS mendapatkan pembiayaan dengan jaminan daripada Cerdit Guarantee Corporation melalui Skim Jaminan Portfolionya.

“Skim terbaharu ini menawarkan pinjaman bernilai sehingga RM5 juta untuk pembelian hartanah dan pembiayaan semula serta digabung de­ngan keperluan modal kerja sehingga 150 peratus margin pinjaman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini