4 Geng Vaval ditahan - Utusan Malaysia

4 Geng Vaval ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 28 Jun – Empat lelaki dikenali sebagai Geng Vaval yang aktif dengan kegiatan pecah rumah berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya kesemua mereka di sekitar daerah ini, di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut ditahan adalah seorang lelaki dipercayai individu yang membeli barangan curi daripada kumpulan terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi Jumaat lalu apabila anak mangsa pergi ke kediaman ibunya di Taman Gembira di sini untuk mengemas berikutan ibunya tidak tinggal di rumah tersebut.

Katanya, namun setibanya di rumah tersebut, anak mangsa terkejut melihat dua batang besi tingkap rumah bahagian hadapan telah dipotong dan di masuki pencuri.

“Mangsa mendapati beberapa barangan milik ibunya seperti barangan kemas, jed, wang tunai dan kepingan emas dianggarkan bernilai RM500 ribu dilarikan pencuri.

“Bertindak atas laporan, kita berjaya menahan kesemua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau secara berperingkat bermula tengah hari tadi (semalam),” katanya, di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini