Croatia mara dengan bergaya - Utusan Malaysia

Croatia mara dengan bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSTOV-ON-DON 27 Jun – Croatia memastikan mereka memenangi kedudukan teratas Kumpulan D hari ini, sementara Iceland tersingkir daripada Piala Dunia selepas skuad bimbingan Zlatco Dalic itu berhempas pulas menewaskan pencabar dari negera kerdil tersebut 2-1 di Rostov-on-Don.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika mata tertumpu kepada Argentina yang sedang berusaha menentukan hidup dan mati mereka dalam kejohanan ini dengan menentang Nigeria di Saint Petersburg, Croatia memastikan kedudukan teratas kumpulan menjadi milik mereka, terima kasih kepada jaringan babak kedua Milan Badelj dan Ivan Perisic, yang menafikan jaringan penyamaan Gylfi Sigurdsson hasil sepakan penalti.

Croatia seterusnya akan menentang Denmark dalam peringkat 16 pasukan terakhir.

“Kami telah melakukan apa sahaja yang mampu, jika anda berbuat demikian anda tidak akan kecewa, sekurang-kurangnya kami masih berupaya memandang tepat ke arah mata antara satu sama lain dan mengangkat kepala dengan rasa bangga.

“Kami tidak pernah berputus asa…kami terus berjuang,” kata jurulatih Iceland, Heimir Hallgrimsson selepas perlawanan.

Jurulatih Croatia, Dalic berkata, Iceland berjaya mempamerkan perwatakan, tahap disiplin dan semangat juang yang cukup baik, tetapi walaupun skuad bimbingannya telahpun melayakkan diri ke pusingan kedua lebih awal, namun hanya kemenangan yang mampu menghadirkan kepuasan buatnya.

Dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dalam Kumpulan D, fokus kini tertumpu kepada pertemuan menentang Denmark, yang bakal menjadi satu detik perjuangan sebenar, jelas Dalic.

Pengendali Croatia itu merehatkan hampir keseluruhan pemain yang membenam Argentina 3-0, dengan hanya kapten Luka Modric dan pemain sayap Perisic mengekalkan posisi mereka.

“Kami memberikan skuad peluang bermain dalam Piala Dunia, tetapi pada ketika persaingan peringkat kumpulan telahpun tamat, kami berjaya melaksanakan tugas kami,” katanya.

Hanya memerlukan satu mata bagi memastikan tempat teratas terjamin, Croatia mendominasi sejak awal permainan, dengan gandingan Real Madrid, Modric dan Mateo Kovacic menjadi penentu kepada rentak permainan pasukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini