Wanita warga emas 
maut disamun - Utusan Malaysia

Wanita warga emas 
maut disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 27 Jun – Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di Jalan Walker, Pokok Assam petang semalam setelah dipercayai disamun oleh dua individu tidak dikenali.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anggota perubatan membantu Yeong Lean Yoong yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai menjadi mangsa samun di Jalan Walker, Pokok Assam, Taiping, Perak, kelmarin.

Mangsa, Yeong Lean Yoong ditemukan kira-kira pukul 5.48 petang, bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 2 pagi hari ini ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, siasatan mendapati dua suspek lelaki yang bermotosikal dan tidak pasti identiti, telah menarik basikal dinaiki mangsa.

“Ekoran kejadian itu, mangsa telah terjatuh di tepi jalan. Suspek kemudian melarikan diri dengan basikal mangsa.

“Terdapat beg hitam di belakang basikal yang dinaiki mangsa. Basikal tersebut adalah jenis basikal perempuan tiada palang tengah, berwarna hitam dan dianggarkan berusia lebih kurang 30 tahun,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini