Bayi dicampak tidak mengejutkan - Utusan Malaysia

Bayi dicampak tidak mengejutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, BARU-BARU ini gempar berita seorang bayi dicampak dari tingkat atas sebuah restoran oleh seorang wanita warga asing ketika waktu puncak pengunjung ramai bertumpu di restoran tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya harap bayi itu dapat diselamatkan tetapi kejadian sebegini sudah tidak mengejutkan masyarakat di negara ini memandangkan perkara sama sudah berulang kali berlaku.

Masalahnya, media melaporkan berita bayi dicampak tetapi kurang langsung khabar tentang tindakan terhadap ibu ataupun individu yang mencampak bayi-bayi malang tersebut.

Sama ada pihak berkuasa gagal mengesan atau melepaskan suspek, mahkamah tidak mendakwa ataupun media tidak melaporkan tindakan yang dikenakan.

Ini menyebabkan semakin ramai berani melakukannya kerana tidak ditonjolkan hukuman berat yang menanti kerana membunuh atau cubaan membunuh bayi seolah-olah dianggap tidak berdosa.

Tambahan pula kali ini kes melibatkan warga asing, rata-rata rakyat Malaysia sudah menanam persepsi tiada tindakan akan dikenakan dan suspek mungkin hanya dihantar pulang ke negara asal.

Sungguh menyedihkan kehilangan nyawa sebaik sahaja dilahirkan dan dilayan sebegini rupa, langsung tiada pembelaan. Di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sibuk sangat dengan hak asasi manusia?

Adakah bayi-bayi malang itu bukan manusia? Jika pihak berkuasa tidak bertegas, maka NGO perlu menjadi ‘pahat’ dan bukannya selektif mempertahan isu berkepentingan peribadi sahaja.

IBU TUNGGAL

Sentul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini