Pengundi perlu ‘matang’ - Utusan Malaysia

Pengundi perlu ‘matang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SEPERTI yang ditulis Pemerhati Politik Semasa dalam ruangan Forum Utusan Malaysia 26 Jun lalu, menurunkan usia mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun memerlukan kajian dan penelitian mendalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika remaja 18 tahun berkahwin muda mendapat tentangan hebat, bukankah memberi kuasa mengundi kepada mereka umpama meludah ke langit?

Adakah kuasa mengundi itu perkara remeh berbanding perkahwinan? Mungkin kesan undian mereka tidak berkekalan seumur hidup seperti berumah tangga?

Sepatutnya dikaji usia mengundi ditingkatkan kepada lebih 25 tahun yang menjadi kebiasaan ‘umur matang’ anak muda negara ini.

Namun, mengikut norma antarabangsa usia 21 tahun itu paling minimum boleh diterima sebagai cukup matang untuk memilih ‘jodoh’ pemimpin negeri dan negara.

Janganlah terlalu gopoh berpolitik sehingga bermain api kuasa mengundi sedangkan pilihan raya peringkat universiti pun masih kucar-kacir malah Parlimen Belia juga baru sahaja dimulakan.

PENGUNDI KALI PERTAMA

Kuala Ketil, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini