Nilai rampasan polis subjektif, harta adalah hadiah - Najib - Utusan Malaysia

Nilai rampasan polis subjektif, harta adalah hadiah – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nilai barang rampasan terutamanya barang kemas oleh pihak polis dalam siasatan terhadapnya sebagai subjektif dan tidak realistik. 

Dalam temu bual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib berkata, penilaian tersebut subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu sudah berusia kira-kira 20 tahun. 

Malah, menurutnya, nilai ketika barangan berkenaan itu dibeli juga perlu diambil kira dalam penilaian tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.

“Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini