Idris Haron nafi guna pengaruh wang raih sokongan perwakilan - Utusan Malaysia

Idris Haron nafi guna pengaruh wang raih sokongan perwakilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 27 Jun – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan ahli jawatankuasa bahagian itu bahawa beliau menggunakan pengaruh wang dalam usaha meraih sokongan perwakilan pada sesi pemilihan UMNO bahagian pada 30 Jun ini.

Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, apa yang dilakukannya seperti tawaran elaun lebih RM1,000 setiap bulan dan seekor lembu korban setiap tahun bagi setiap cawangan merupakan manifestonya sebagai Ketua Menteri sebelum ini dan ia akan diteruskan sekiranya terus dipilih menjadi Ketua Bahagian Tangga Batu.

Menurutnya, apa yang dilakukannya itu perlu dilihat pada perspektif yang lebih tepat dan bukan sekadar tuduhan semata-mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah bekas Ketua Menteri itu, dakwaan yang mengatakan berlaku sogokan wang adalah tidak berasas kerana beliau tidak berjumpa perwakilan pun menjelang pemilihan parti kali ini.

“Apa yang mereka tuduh sebagai sogokan itu adalah manifesto saya dalam memberi kebajikan kepada setiap cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu malah telah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu sejak saya menjadi Ahli Parlimen lagi.

“Tujuan peruntukan itu adalah bagi membiayai program serta aktiviti kemasyarakatan atau kebajikan oleh cawangan-cawangan tersebut termasuk oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JKPP), persatuan belia, masjid, surau dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup program World Youth International Dialog di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini