TFC 1 tumbangkan Negeri Sembilan 3-2 - Utusan Malaysia

TFC 1 tumbangkan Negeri Sembilan 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU –  Terengganu Football Club I (TFC I) berjaya memungut tiga mata penuh di laman sendiri selepas menumbangkan Negeri Sembilan 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi. 

Penyerang sensasi skuad Penyu, Tchetche Kipre muncul wira apabila meledak hatrik pada perlawanan tersebut.

Kipre yang juga kapten pasukan meletakkan TFC I  di hadapan menerusi jaringan menarik pada minit ke-31.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha berterusan Negeri Sembilan berhasil apabila pemain importnya, Nicolas Velez berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43. 

Berselang dua minit kemudian, Velez sekali lagi menjaringkan gol buat skuad Hobin Jang Hobin hasil hantaran sudut Flavio Beck Junior. 

Bersambung babak kedua, Kipre mudah menyempurnakan sepakan penalti buat skuad Penyu pada minit ke-56 apabila pemain Negeri Sembilan, Muhammad Fakrul Aiman Sidid tersilap menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti. 

Pemain import kelahiran Ivory Coast itu mencipta hatrik selepas menyumbat gol ketiga pasukan hasil hantaran Lee Andrew Tuck pada minit ke-66.

Jaringan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini