Denda RM25 kerana menari di depan masjid - Utusan Malaysia

Denda RM25 kerana menari di depan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Dua wanita pelancong warganegara China yang berkelakuan tidak sopan menari di atas tembok kawasan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas ditahan di sebuah hotel di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 37 tahun yang merupakan guru tari ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, kedua-dua wanita terbabit mengaku bahawa mereka merupakan individu dalam video yang tular menerusi laman sosial baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka mengaku tindakan (menari) itu dilakukan tanpa sebarang niat untuk mengaibkan kesucian masjid.

“Dimaklumkan, tarian tersebut dilakukan atas dasar hiburan semata-mata,” katanya di sini hari ini.

Menurut Chandra, pada mulanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat ibadat.

Bagaimanapun, ia ditukar kepada Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakuan tidak sopan di kawasan awam.

“Kedua-dua suspek kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini dan dikenakan denda sebanyak RM25 setiap seorang. Mereka membayar denda berkenaan,” ujarnya.

Dimaklumkan, dua pelancong itu telah pulang ke China pada pukul 8 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini