Warga Sweden maut disengat obor-obor - Utusan Malaysia

Warga Sweden maut disengat obor-obor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Seorang lelaki warga Sweden maut dipercayai akibat disengat obor-obor di laut berdekatan Pantai Tanjung Rhu, Langkawi hari ini. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kes itu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang sewaktu mangsa, Sohrabi Saeed, 60, berenang berdekatan pantai yang terletak di bahagian utara pulau peranginan ini.

“Anggota polis di Balai Polis Ayer Hangat yang menerima laporan itu telah bergegas ke tempat kejadian untuk membuat siasatan awal sebelum menghantar mayat ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maklumat awam diterima Bernama menyatakan, mangsa ditemani seorang pelancong lain di pantai itu sebelum kejadian berlaku.

Ini merupakan kes kematian akibat sengatan obor-obor yang pertama berlaku di Langkawi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini