Dengar suara rakyat agar kekal relevan - Khairy - Utusan Malaysia

Dengar suara rakyat agar kekal relevan – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU 27 Jun – Berbaki dua hari lagi menjelang pemilihan jawatan Presiden UMNO, seluruh ahli parti itu mesti mendengar suara rakyat bagi memastikan parti keramat terus kekal relevan di hati orang Melayu.

Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, itulah mesej penting dan terakhir sebelum pemilihan pada 30 Jun ini bagi menentukan hala tuju serta perjuangan UMNO selepas ini.

“Dengan pemilihan parti dua hari lagi, saya harap UMNO mesti dengar suara rakyat walaupun ahli UMNO menentukan pertandingan dalam keluarga tapi kita nak pilih seorang pemimpin yang boleh kembalikan keyakinan rakyat dalam UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita kena tanya rakyat jelata dan jangan hanya buat keputusan dalam UMNO saja tapi kena tanya juga pendapat rakyat dan kita mesti dengar suara rakyat,” katanya.

Khairy berkata, adalah amat penting sokongan rakyat perlu dikembalikan dan mana-calon presiden yang mampu memenuhi aspirasi rakyat, individu itulah yang paling layak menggalas tanggungjawab sebagai presiden parti.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Bersama Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaludin di Sutera Beach Resort, dekat sini petang tadi.

Yang turut hadir, sebahagian kepemimpinan UMNO dan Pemuda negeri termasuk Ketua Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar.

Terdahulu itu dalam ucapan beliau menarik perhatian, Khairy turut berjanji untuk berusaha mengumpul aset milik UMNO sekiranya beliau memenangi jawatan Presiden parti itu Sabtu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini