Jerman enggan biarkan kejayaan benam Sweden 'buai' pemainnya - Utusan Malaysia

Jerman enggan biarkan kejayaan benam Sweden ‘buai’ pemainnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jurulatih Jerman, Joachim Low menegaskan pasukannya tidak akan membenarkan keghairahan membenam Sweden terlalu ‘merasuk’ pemainnya dalam misi memburu tempat ke pusingan 16 terbaik dengan menentang Korea Selatan, malam ini.

Jerman berjaya mencerahkan semula laluan mereka hasil kemenangan 2-1 ke atas Sweden Sabtu lalu hasil jaringan lewat Toni Kroos.

Keputusan ini menyaksikan mereka perlu menewaskan Sweden untuk mara ke pusingan kalah mati tersebut, namun Low menegaskan pemainnya akan cuba mengawal emosi mereka supaya tidak terlalu yakin apabila menentang Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan F malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas kemenangan ke atas Sweden, kami semua amat gembira. Mendapat gol pada saat-saat genting ketika hampir tersingkir adalah sesuatu yang menakjubkan.

“semua orang tahu situasi kami tidak begitu bagus selepas kalah kepada Mexico. Tekanannya terlalu besar kerana kami gagal mengutip mata. 

“Jadi sudah tentu kesemua orang dalam pasukan ini dibuai dengan kejayaan ini, namun kami perlu pastikan ia tidak terlalu menguasai diri kami. Kami perlu mengawalnya kerana kami sedar kami perlu bekerja keras.

Malam ini Jerman yang merupakan juara bertahan, perlu mengelak daripada satu lagi kekalahan kerana Korea Selatan juga masih memiliki peluang untuk layak meskipun tipis setelah tewas dua kali.

“Saya beritahu anda bahawa keghairahan kami ketika ini sama seperti ketika empat tahun lalu di mana kami memenangi trofi ini.

“kami menang 4-0 ke atas Portugal dan semua orang dilanda perasaan gembira, kemudian kami seri 2-2 dengan Ghana.

“Memang benar kejayaan kami memberi peluang untuk mara ke pusingan seterusnya, tetapi perlawanan malam ini kami harus menangi. Dalam setiap kejohanan semuanya sama, kejayaan dan kegembiraan tidak boleh terlalu mengusai diri,” ujarnya lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini