Wanita warga emas maut selepas disamun, basikal dilarikan - Utusan Malaysia

Wanita warga emas maut selepas disamun, basikal dilarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan di Jalan Walker, Pokok Assam di sini petang semalam selepas dipercayai disamun dua individu tidak dikenali. 

Mangsa, Yeong Lean Yoong, 72, ditemui orang awam pada pukul 5.48 petang sebelum kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak polis.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Taiping. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, siasatan mendapati dua suspek lelaki yang bermotosikal telah menarik basikal dinaiki mangsa sebelum dia terjatuh di tepi jalan.

“Suspek kemudian bertindak melarikan diri bersama basikal mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan kedua-dua suspek giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini