Sebahagian laluan Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching Selatan ditutup sementara - Utusan Malaysia

Sebahagian laluan Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching Selatan ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Sebahagian laluan di Jalan Sultan Ismail ke arah Jalan Kuching Selatan dan Loke Yew di sini akan ditutup sementara pada 30 Jun hingga 1 Julai ini bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan sistem ‘interceptor’ bagi projek River of Life.

Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan tersebut akan dilaksanakan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi.

“Kerja-kerja pembinaan sistem tersebut akan dilakukan dekat jalan susur Jalan Kuching Selatan berhampiran bangunan Sime Darby. Dalam tempoh penutupan itu, perubahan pergerakan trafik akan dilencongkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenderaan dari pusat bandar ke arah selatan Jalan Loke Yew/Cheras perlu melalui Jalan Kuching Utara dan ke persimpangan Jalan Tun Razak/Jalan Ipoh untuk menukar laluan (pusingan U) ke Jalan Kuching Selatan dan terus ke selatan Jalan Loke Ye/Cheras,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, pengguna jalan raya diminta memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua arahan papan tanda isyarat yang disediakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini