Malaysia perlu terbuka terima pandangan pelbagai mazhab - Utusan Malaysia

Malaysia perlu terbuka terima pandangan pelbagai mazhab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Malaysia perlu bersikap terbuka menerima pandangan daripada pelbagai mazhab dalam Al Sunnah Wal Jamaah bagi menyelesaikan isu-isu Islam di peringkat nasional.

Itu antara topik yang dibincangkan dalam sesi pertemuan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor bersama Majlis Penasihat Kerajaan yang diadakan hari ini.

Wan Salim berpandangan penyelesaian terhadap sesuatu isu itu boleh juga didapati dalam empat mazhab berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh yakin bahawa kebenaran itu terdapat dalam mazhab kita sahaja. Penyelesaian itu ada di mana-mana, sebagai orang Islam kita yakin Islam memberi penyelesaian terhadap semua isu kemanusiaan namun kita harus berfikiran terbuka.

“Kadang-kadang penyelesaian itu ada pada mazhab kita (Shafie) tetapi kalau kita mahu melihat lebih jauh melibatkan isu muamalat dan transaksi sosial maka kita perlu berani merentasi mazhab ini.

“Kita tidak boleh terhad kepada mazhab kita sahaja. Itu untuk menyesuaikan Islam dengan pandangan zaman,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan, hari ini. 

Ditanya mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Wan Salim berkata, agensi itu harus dikekalkan dan ditambah baik agar dapat menyelaras isu Islam di peringkat nasional dengan lebih berkesan.

“Ketika pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan, mereka tidak terlalu menyentuh mengenai isu Jakim tetapi lebih kepada fatwa dan mazhab. 

“Bagi saya, Jakim harus dikekalkan supaya menyelaras hal-hal berkaitan Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini