Ali Rustam letak jawatan Pengerusi PUNB - Utusan Malaysia

Ali Rustam letak jawatan Pengerusi PUNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Tan Sri Mohd. Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) berkuat kuasa kelmarin.

Turut meletakkan jawatan adalah dua Ahli Lembaga Pengarah PUNB iaitu Datuk Jamelah A. Bakar dan Datuk Hasbullah Wa Daud pada tarikh yang sama.

PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini mengucapkan terima kasih kepada Mohd. Ali, Jamelah dan Hasbullah atas sumbangan mereka sepanjang bersama perbadanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Ali dilantik sebagai Pengerusi PUNB pada 1 Ogos 2013 manakala Jamelah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya pada 17 Julai 2014 dan Hasbullah pada 7 November 2016. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini