Dua direman kes solar sekolah di Sarawak - Utusan Malaysia

Dua direman kes solar sekolah di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin direman bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sawarak.

Majistret Shah Wira Abdul Halim memerintahkan Saidi Abang bersama peguamnya direman selama enam hari bermula hari ini hingga 2 Julai bagi membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

Terdahulu, Saidi Abang dan peguamnya tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.30 pagi memakai baju lokap SPRM warna oren dengan tangan bergari.

Saidi Abang dan peguam hadir ke Ibu Pejabat SPRM semalam pada pukul 5.30 petang dan 2.45 petang untuk memberi keterangan sebelum ditahan.

Sebelum ini, Sarawak Report mendedahkan, lengkap dengan dokumen bahawa Datuk Seri Najib Razak didakwa meluluskan projek tanpa tender terbuka itu.

Projek itu dianugerahkan kepada syarikat sewa kereta di Bintulu dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan.

Projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion berpangkalan di Bintulu

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 . – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN