Kombinasi pengalaman, idea formula terbaik UMNO - Utusan Malaysia

Kombinasi pengalaman, idea formula terbaik UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengalaman orang lama dan idea pemimpin muda adalah antara kombinasi terbaik dalam usaha pembaharuan dan pemulihan UMNO dalam pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, gabungan barisan pemimpin dua aliran generasi itu adalah formula ampuh dalam memastikan parti kembali bangkit dan membina semula keyakinan rakyat.

Menurutnya, jika hanya orang muda sahaja dipilih untuk memimpin UMNO atas alasan untuk meremajakan parti dan menarik sokongan generasi muda, ia akan menjadi pincang kerana kurangnya pengalaman kepimpinan.

“Tapi kalau hanya orang lama sahaja yang diangkat jadi pemimpin UMNO, juga tidak elok sebab percambahan idea-idea baharu untuk parti mungkin kurang dan UMNO akan dilihat berada pada takuk lama sahaja.

“Jadi kolaborasi pemimpin lama yang berpengalaman dengan tenaga muda yang idealis dan bersemangat waja amat perlu untuk membarisi barisan MT UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, kekuatan MT untuk sesi 2018-2021 ini perlu diperkasakan untuk menjadi platform penasihat berkualiti kepada pucuk pimpinan utama parti seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO.

Ujar beliau, dengan kemantapan barisan MT UMNO yang baharu ini akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan parti selepas kekalahan pada PRU-14 lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN