Kitar haid tidak menentu - Utusan Malaysia

Kitar haid tidak menentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOKTOR, saya mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan kadang-kadang hampir 14 hari. Saya pernah berjumpa dengan doktor dan dimaklumkan hormon saya tidak normal. Saya berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Adakah ia bakal menjejaskan peluang saya untuk hamil nanti?

JAWAPAN:

Kitaran haid tidak teratur, selalunya dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlaku ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Gejala ini dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS).

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun kebanyakkan gejala PCOS berlaku agak perlahan dan berperingkat serta lebih ketara apabila individu itu meningkat usia.

Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen.

Progesteron adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal. Kekurangan hormon progesteron menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang-kadang berbulan lamanya.

Tiada ubat khusus untuk mengubati PCOS tetapi sekiranya telah bersedia untuk hamil nanti, terdapat beberapa pilihan rawatan yang akan disarankan oleh doktor seperti pengambilan ubat secara oral atau Ovarian Drilling juga mungkin dicadangkan untuk memecahkan cyst-cyst kecil pada ovari.

Setelah setahun berkahwin dan masih belum hamil, segera berjumpa dengan doktor agar rawatan awal dapat diberikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini