MOSCOW – Perlawanan terakhir Kumpulan C antara Denmark dan Perancis hanya menyajikan episod agak membosankan apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 0-0 malam tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Luzhniki itu, skuad Les Bleus berjaya menguasai perlawanan dan berjaya me-lakukan empat percubaan tepat di gawang gol berbanding satu dari Denmark.
Skuad Denmark yang ter-kenal dengan jolokan Danish Dynamite beraksi dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan dan keletihan selepas mereka mengesahkan diri ke aksi 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018.
Ia jelas ditunjukkan apabila skuad bimbingan Age Hareide itu mampu menguasai 39 peratus perlawanan tersebut sebanyak sahaja.
Bagaimanapun, Denmark secara rasminya berjaya mela-yakkan diri ke pusingan 16 pa-sukan terbaik apabila Australia yang menjadi pencabar mereka dalam perebutan tiket ke sai-ngan peringkat tersebut tewas kepada Peru 0-2 pada satu lagi aksi yang berlangsung pada waktu sama.
Mereka berjaya menduduki tangga kedua kumpulan dengan lima mata, manakala Perancis kekal di kedudukan teratas de-ngan kelebihan dua mata.
Dalam pada itu, pasukan Pe- rancis yang dilihat sebagai skuad pilihan memenangi aksi tersebut turut memilih jalan selamat dengan merehatkan beberapa pemain tonggak seperti Paul Pogba, Samuel Umtiti, Nabil Fekir serta Hugo Lloris pada aksi tersebut. – Agensi











