PM akan berundur dengan syarat - Utusan Malaysia

PM akan berundur dengan syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerjaya politik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang me­rangkumi tempoh masa beberapa dekad sering dipenuhi dengan pertelingkahan mahupun perbalahan.

MAHATHIR
MAHATHIR

Sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini, bermula dari tahun 1981 hingga 2003, beliau mempunyai empat Timbalan Perdana Menteri termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada tahun 1998.

Selain itu ialah Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Tun Abdullah Ahmad Ba­dawi. Terkini ialah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikutan persaraannya, Mahathir ‘berperanan’ dalam me­numbangkan pengganti pilihan­nya, Abdullah.

Pada usia 93 tahun, beliau kembali menyertai politik secara aktif dengan menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dicadangkannya sebagai pengganti kepada Abdullah pada tahun 2009.

Dalam satu wawancara bersama Channel News Asia, sebuah saluran televisyen Singapura, Mahathir ketika menjawab satu soalan tidak menolak kemungkinan terjadi pertelingkahan antara beliau dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada masa akan datang.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini