Perancis ungguli Kumpulan C - Utusan Malaysia

Perancis ungguli Kumpulan C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUZHNIKI, Rusia 27 Jun – Perancis mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan C selepas terikat seri tanpa jaringan menentang Denmark di Stadium Luzhiniki, sebentar tadi.

Skuad Les Bleus muncul juara kumpulan hasil tujuh mata akan bertemu naib juara Kumpulan D di Arena Kazan pada 30 Jun ini di mana saingan masih terbuka. Iceland menentang Crotia manakala Nigeria bertemu Argentina dan kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung pada pukul 2 pagi nanti.

Denmark turut menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terakhir setelah mengutip lima mata akan menghadapi juara Kumpulan D di Stadium Novgorod pada 1 Julai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Australia dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di tangan Peru di Stadium Fisht.

Peru yang sudah pun tersingkir berada di depan seawal minit ke-18 menerusi jaringan Andre Carrillo sebelum Jose Paolo Guerrero mengukuhkan kedudukan 32 minit kemudian.

Keputusan itu membolehkan Peru menamatkan saingan di tangga ketiga dengan tiga mata manakala Australia di kedudukan tercorot hasil satu mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini