Pelbagai kaedah rehatkan badan, minda - Utusan Malaysia

Pelbagai kaedah rehatkan badan, minda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAN hari, anggaran penduduk Malaysia yang mengalami tekanan semakin melonjak naik seperti yang direkodkan oleh Institut Kesihatan Umum di bawah Kementerian Kesihatan.

Hasil daripada laporan Program Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan terbaharu mendapati bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai sakit mental meningkat daripada 10.6 peratus kepada 29.2 peratus pada tahun 2015. Ini bermaksud hampir satu pertiga rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental.

Sebagai seorang penuntut di sebuah universiti tempatan dan pada masa yang sama menggalas pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga, pelajaran, persatuan dan sebagainya, tidak dinafikan saya juga pernah menjadi mangsa kepada masalah stres disebabkan longgokan kerja yang perlu disiapkan dalam satu masa yang sama.

Saya ingin berkongsi beberapa tip mengatasi tekanan:

l Minum air kosong.

Ia akan mengurangkan rembesan hormon kortisol yang bertindak sebagai hormon stres.

lMengasingkan diri.

Mengasingkan diri buat seketika bukan bermaksud kita berniat memutuskan hubungan silaturahim dengan orang di sekeliling tetapi sekadar memberi ruang kepada diri sendiri menenangkan fikiran.

l Bersukan.

Apabila tekanan mula menguasai diri, ia menandakan minda sudah penat sekali gus mempengaruhi tenaga jasmani kerana badan yang cergas datang daripada minda cerdas.

lPercutian pendek.

Walaupun sibuk, luangkan sedikit masa untuk percutian pendek. Tidak perlu pergi jauh mahupun lama untuk mendamaikan fikiran, cukup sekadar hujung minggu.

Kesimpulannya, stres dapat diubati dengan cara mendapatkan rehat walaupun pelaksanaannya mungkin berbeza mengikut individu.

WAN NUR AFIQAH WAN ZAIHAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN