Laksana daftar pengundi automatik - Utusan Malaysia

Laksana daftar pengundi automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


RASANYA sudah tiba masanya pihak kerajaan Pakatan Harapan meluluskan undang-undang mengenai daftar pemilih dalam pilihan raya secara automatik untuk mana-mana warganegara Malaysia yang telah genap usia 18 tahun ke atas sebagai pengundi sah.

Pihak kerajaan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara boleh mengenal pasti mana-mana individu yang telah mencapai umur tersebut untuk terus didaftarkan dalam sistem pilihan raya.

Dengan cara ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu lagi bersusah-payah menyeru rakyat untuk datang mendaftar sebagai pemilih setiap kali menjelang pilihan raya umum kerana dalam sistem semuanya telah dibuat secara automatik.

Dengan cara begini, secara tidak langsung boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan khususnya pengurusan SPR sendiri.

OUI SAL
Tanah Merah, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN