Hak rakyat bersuara - Utusan Malaysia

Hak rakyat bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM satu sidang akhbar baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan hasrat beliau untuk memegang jawatan Perdana Menteri selagi rakyat memberikan mandat dan selagi beliau mampu menjalankan tugas tersebut.

Rata-rata rakyat begitu mengharapkan serta berdoa agar Dr. Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna sehingga ekonomi Malaysia pulih semula.

Apabila rakyat memilih kerajaan baharu menerajui negara bermakna secara tidak langsung rakyat mahukan kepemimpinan Dr. Mahathir memulihkan ekonomi serta pentadbiran lebih cemerlang.

Sesiapa sahaja tidak mengira kaum atau agama kerana semuanya benar-benar bergantung kepada kerajaan baharu untuk menstabilkan negara ke tahap terbaik dan mengharapkan agar semua warganegara tidak kira apa status mereka akan mendapat pembelaan adil dan saksama.

Hak rakyat hendaklah dikembalikan kepada rakyat untuk menentukannya. Kalau orang tertentu boleh bersuara, apa salahnya rakyat juga bersuara jika bersifat teguran membina dan bermanfaat kepada semua.

Tidak kira siapa, semua sama sahaja kerana di dalam agama pun tidak mengecualikan sesiapa.

Kepada mereka yang cuba membuat onar dan berniat jahat kepada kepemimpinan Dr. Mahathir, insaflah. Jangan kerana anda menyebabkan anak cucu kita merana seumur hidup dan janganlah menjadi pengkhianat negara. Kalau tidak suka tinggal di Malaysia pergilah ke mana-mana asalkan jangan ganggu negara kami yang tercinta ini.

ANAK BANGSA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN