Misi hidup mati Serbia - Utusan Malaysia

Misi hidup mati Serbia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Serbia masih belum berputus asa untuk layak ke pe­ringkat kalah mati Piala Dunia 2018 meskipun sedar mereka berdepan tugas sukar menentang pilihan utama, Brazil pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Spartak awal pagi esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

The White Eagles tiada jalan lain selain mencatatkan kemena­ngan ke atas Brazil kerana mereka akan tersingkir jika seri atau tewas kepada skuad juara dunia sebanyak lima kali itu.

Penolong jurulatih Serbia, Milan Rastavac yakin anak-anak buahnya berkemampuan untuk mencipta kejutan menewaskan Brazil dalam perlawanan itu nanti.

“Kami sangat arif dengan kekuatan dan corak permainan Brazil selepas menganalisis secara terperinci setiap bahagian mereka.

“Kami sedar ia bukan satu tugas mudah tetapi kami ada jalan tersendiri untuk menewaskan mereka,” katanya.

Rastavac mendedahkan salah satu faktor untuk menyekat The Selecao ialah ‘merantai’ bintang Paris Saint-Germain, Neymar sepanjang perlawanan tersebut.

Serbia sudah tentu tidak rela pulang dengan penuh kekecewaan selepas beraksi baik dalam dua perlawanan dengan menewaskan Costa Rica 1-0 sebelum kecundang 1-2 pada minit-minit akhir kepada Switzerland. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini