KUALA LUMPUR 26 Jun – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyangkal dakwaan dua syarikat penerbangan carter, Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. (Eaglexpress) dan Suasa Airlines Sdn. Bhd. (Suasa Airlines) mengenai peranan agensi tersebut.
![]() |
|
MAVCOM
|
Mavcom dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, suruhanjaya itu tetap teguh dengan pendirian iaitu keputusan memastikan keselamatan pengguna.
Kata suruhanjaya itu, pihaknya ingin menekankan kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan, yang merupakan keperluan asas untuk penyertaan dalam industri.
Berita berkaitan:
“Adalah perlu bagi syarikat penerbangan untuk mempunyai semua kelulusan kawal selia di tempat sebelum operasi, seperti yang dikehendaki undang-undang Malaysia tetapi juga mematuhi keperluan undang-undang antarabangsa dan amalan.
“Langkah-langkah ketat yang diambil bagi memastikan industri penerbangan yang berdaya tahan serta melindungi pengguna, termasuk mengambil tindakan terhadap pesalah yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan industri,” kata Mavcom.
Terdahulu, Eaglexpress dan Suasa Airlines mendesak kerajaan dan Kementerian Pengangkutan supaya mengkaji semula fungsi Mavcom. – UTUSAN ONLINE












