2 maut kebakaran di tapak pembinaan di Korea Selatan - Utusan Malaysia

2 maut kebakaran di tapak pembinaan di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 26 Jun – Satu kebakaran berlaku di sebuah tapak pembinaan pangsapuri di bandar Sejong, Korea Selatan, hari ini mengakibatkan dua kematian, seorang hilang manakala 37 orang lagi cedera.

Jurucakap Agensi Kebakaran Nasional berkata, sebanyak 14 pekerja warganegara China merupakan antara mangsa kebakaran namun masih tidak jelas jika di antara mereka merupakan antara mangsa yang terbunuh.

Katanya, kebakaran di bangunan 24 tingkat yang sedang dalam pembinaan itu bermula dari garaj tempat letak kereta bawah tanah dengan sebanyak 169 orang pekerja dilaporkan berada di tapak pembinaan ketika kebakaran berlaku. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini