Penjaja sekitar Masjid India tuntut pembelaan - Utusan Malaysia

Penjaja sekitar Masjid India tuntut pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan bazar Ramadan dan Deepavali beroperasi di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya.

ROSLI SULAIMAN

Presidennya, Datuk Rosli Sulaiman berkata, tindakan drastik yang diambil oleh DBKL itu dilihat seolah-olah tertekan dengan beberapa isu bazar sebelum ini sehingga menyebabkan kira-kira 500 penjaja menjadi mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sebelum keputusan dibuat, DBKL sepatutnya mengadakan perbincangan dengan semua persatuan penjaja yang berdaftar agar tidak berlaku penindasan dan ketidakadilan.

“Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan agak terkejut kerana ia melibatkan nasib penjaja. Macam mana boleh Datuk Bandar membuat keputusan penting seperti itu tanpa berbincang.

“Keputusan itu secara langsung telah menutup periuk nasi penjaja bazar yang mencari rezeki terutama pada musim Hari Raya dan Deepavali. Jangan anggap penjaja macam sampah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Rosli Sulaiman, jika benar ada masalah yang timbul ekoran operasi bazar di kawasan itu, DBKL sepatutnya mencari jalan penyelesaian dan bukannya menghalau penjaja.

“Sepatutnya peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah menyelesaikan masalah rakyat dan menjaga kebajikan semua pihak,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini