Pemilik kedai emas maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pemilik kedai emas maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 26 Jun – Pemilik kedai emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Jawa, dekat sini, hari ini.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan kenderaan pelbagai guna jenis, Naza Citra itu berlaku pada pukul 2.22 petang.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 petang bergegas ke lokasi kejadian bersama enam anggota bomba bagi kerja menyelamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dikenali sebagai Zaharah Ab. Rahman, 64, didapati terperangkap dan tersepit dalam kereta Perodua Kelisa yang dipandunya.

“Manakala tiga mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu telah dikeluarkan oleh orang awam dari MPV tersebut dan dihantar ke hospital dengan ambulans,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini