Jual 1,000 unit Bezza, Axia untuk e-panggilan - Utusan Malaysia

Jual 1,000 unit Bezza, Axia untuk e-panggilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah memperoleh pembelian pertama sebanyak 1,000 unit Perodua Bezza dan Axia daripada sebuah pembekal perkhidmatan panggilan elektronik (e-panggilan) dan perkongsian perjalanan yang beroperasi di negara ini.

Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, jualan tersebut telah membuka satu lagi pasaran untuk pembuat kereta kompak berkenaan.

“Langkah itu merupakan tanda sokongan penting oleh syarikat-syarikat yang bergantung kepada kereta berkualiti tinggi dan selamat serta menyediakan penjimatan dalam penyelenggaraan,” katanya di sini ­semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zahari berkata, pertumbuhan pe­sat perkhidmatan e-panggilan dan perkongsian perjalanan di Malaysia telah merevolusikan cara pengguna bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

“Disebabkan itu, Perodua berbangga menjadi sebahagian daripada revolusi ke arah pengangkutan yang lebih cekap dan mampan.

“Kami amat berterima kasih di atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Beliau memaklumkan, lebih 300,000 Axia dan 100,000 Bezza telah dijual sejak pelancaran masing-masing pada tahun 2014 dan 2016.

Pada April lalu, Perodua melancarkan varian terbaharu Bezza bersempena penganjuran Pameran Auto Malaysia 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini