Singapura belanja AS$12 juta pertemuan Trump, Jong-un - Utusan Malaysia

Singapura belanja AS$12 juta pertemuan Trump, Jong-un

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Kerajaan Singapura memberitahu membelanjakan AS$12 juta (RM48.1 juta) bagi menjayakan persida­ngan bersejarah antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Utara.

Presiden AS, Donald Trump dan pe­mimpin Korea Utara, Kim Jong-un bertemu di Singapura pada 12 Jun lalu dalam satu perbincangan yang bertujuan untuk menamatkan ketegangan nuklear di ke­dua-dua negara tersebut.

Pertemuan itu merupakan kemuncak ketegangan antara Pyongyang dan Washington serta menyaksikan komitmen Jong-un untuk menjayakan usaha pelucutan senjata nuklear, walaupun para pengkritik menyatakan perjanjian persidangan itu adalah samar-samar dan tidak terikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Singapura yang merupakan sebuah hab kewangan mewah dilihat sebagai pilihan lokasi sesuai bagi sidang kemuncak itu kerana mempunyai hubungan baik dengan AS dan Korea Utara selain memiliki reputasi undang-undang yang ketat.

Bagaimanapun sesetengah warga Singapura beranggapan kedatangan pe­mimpin-pemimpin yang sukar dijangka itu lebih menjengkelkan berbanding memberi penghormatan, terutama ketika Perdana Menteri, Lee Hsien Loong me­nganggarkan bahawa negara kecil itu bakal menanggung perbelanjaan sebanyak AS$14.7 juta (RM59 juta) untuk menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun pada akhirnya, kos yang ditanggung oleh kerajaan Singapura adalah kira-kira AS$12 juta dengan bahagian terbesar dibelanjakan untuk keselamatan, kata seorang jurucakap Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Singapura mengendalikan operasi keselamatan secara besar-besaran untuk melancarkan mesyuarat tersebut termasuk mengerahkan beribu-ribu polis, membuat sekatan jalan selain mengharamkan suar dan pembesar suara berhampiran lokasi sidang kemuncak berlangsung bagi menghalang protes. 
– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini