Penyokong England tertinggal tiket Piala Dunia 2018 selepas terbang ke Rusia - Utusan Malaysia

Penyokong England tertinggal tiket Piala Dunia 2018 selepas terbang ke Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Hasrat seorang penyokong bola sepak England yang terbang lebih 3,200 kilometer ke Rusia untuk menyaksikan pasukan negaranya menentang Panama tidak kesampaian apabila dia tertinggal tiket perlawanan berkenaan.

Lelaki itu, Douglas Moreton tertinggal tiket untuk menyaksikan aksi kedua Kumpulan G, Piala Dunia 2018 itu di dalam laci almari di kediamannya di Bristol, Britain.

Pada perlawanan kelmarin, England menang bergaya selepas membenam Panama 6-1 di Stadium Nizhny Novgorod dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kisah Moreton didedahkan selepas dia terserempak dengan Pengarang Berita stesen ITV News, Dan Howells yang menetap di hotel sama di Volgograd dekat sini.

Howells yang berasa kasihan dengan lelaki itu kemudian memuat naik status di Twitter bagi mencari sumbangan tiket lebihan untuk membolehkan Moreton memasuki stadium.

Sekeping tiket akhirnya berjaya diperoleh tetapi perlu diambil di stadium berkenaan. Bagaimanapun, Moreton hanya pulang ke hotel kira-kira 40 minit sebelum perlawanan bermula sekali gus menyebabkan dia sekali lagi terlepas peluang menyaksikan perlawanan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini