PENERAJU roti leper, Mission Foods dan produk tenusu terbesar, Emborg telah bekerjasama bagi melancarkan kempen #perfecttogether bersama chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan.
Kempen itu menjanjikan kelainan resipi hasil daripada gabungan kedua-dua produk tersebut dengan pelbagai cara penyediaan hidangan yang mudah dan menyenangkan.
Sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelangnya Hari Raya, Chef Wan akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya dengan menggunakan produk Mission Foods dan Emborg.
Sebanyak 10 resipi #perfecttogether mudah dan cepat boleh didapati dalam talian oleh pengguna sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja mereka berada.
“Kolaborasi bersama Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini benar-benar merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan berinspirasi. Ramadan dan raya segala-galanya mengenai keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk berkongsi makanan sama ada ketika bersahur atau pun sewaktu berbuka puasa.
“Oleh itu, resipi-resipi ini dihasilkan bersama gabungan bahan-bahan terbaik daripada Mission Foods dan Emborg. Kedua-dua produk ini benar-benar #perfecttogether,” kata Chef Wan pada satu sesi ramah mesra bersama media sempena pelancaran kempen #perfecttogether di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hadir sama Pengurus Jualan Runcit Mission Foods Malaysia, Mark Tan; Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan, Randall Tan; Eksekutif Pemasaran Perdagangan Emborg Asia, Jia Jing dan Pengurus Negara Emborg Malaysia, Kennet Paulsen.
Antara resipi yang menjadi pilihan ialah wraps martabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang.
Ketika melakukan demonstrasi masakan, Chef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan.
Penonton menjadi saksi makanan yang dibuat menggunakan Mission Foods dan Emborg mudah, berkhasiat dan enak sehingga menjadikan ia makanan ideal bagi Ramadan yang mana masyarakat lebih cenderung meminimumkan masa untuk memasak ketika berada dalam bulan itu.
Jangan ketinggalan, kempen bermula Mei 2018 itu pastinya membangkitkan selera anda dengan resipi yang mudah disediakan untuk sekeluarga.
Kesemua siri resipi itu juga akan dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods Malaysia, Emborg dan media sosial Chef Wan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Mission Foods dan Emborg di www.missionfoods.com.my atau www.emborg.com.











