Aset UMNO berbilion ringgit - Utusan Malaysia

Aset UMNO berbilion ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Calon Presi­den UMNO, Tengku Raza­leigh Hamzah percaya UMNO mempunyai aset dan harta yang cukup untuk dimanfaatkan bagi menggerakkan pelbagai ke­giatan serta aktiviti parti di semua peringkat termasuk akar umbi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, kebanyakan harta UMNO yang kini bernilai berbilion ringgit di seluruh negara itu dimiliki dalam bentuk hartanah, bangunan dan saham yang diperoleh sejak tahun 1960-an.

Menurutnya, sebahagian daripada harta berkenaan dipegang atas nama pemegang amanah dan ada yang tidak ditukar nama selepas individu tersebut tidak lagi meme­gang jawatan dalam parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita dapat kumpulkan dan senaraikan semula sekarang, saya rasa UMNO mempunyai ba­nyak harta. Tinggal lagi bagaimana hendak diuruskan dengan baik dan mana yang perlu dilabur semula dalam pelaburan yang boleh memberi pulangan baik kepada parti.

“Insya-Allah, kita ada peluang untuk mendapat pulangan lebih daripada yang kita jangkakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama Tengku Razaleigh di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini