Kelantan rombak benteng pertahanan - Utusan Malaysia

Kelantan rombak benteng pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 25 Jun – Kelantan akan melakukan rombakan terhadap benteng pertahanannya bertemu Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

KUALA LUMPUR 23 Februari _Ketua Jurulatih Felcra FC ,Yusri Che Lah di majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara Felcra FC dengan Pusat Sukan Universiti Malaya dan Kamal Sport Sdn Bhd bertempat di Hotel Premiera di sini hari inbi.Gambar:Mohd Shaharani SaibiPemberita: Izmel (SUK)

Pemangku jurulatih The Red Warriors (TRW) Yusri Che Lah berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan Kelantan tidak lagi mengalami kekalahan dalam baki enam perlawanan bagi mengelak pasukan itu tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita adakan perubahan di bahagian tersebut kerana ia dilihat sering ‘terbuka’ apabila diserang pemain lawan.

“Saya harap pemain terutama di jentera serangan faham dan terjemahkan dalam perlawanan kerana kita tidak lagi boleh menerima sebarang kekalahan kerana ia menyukarkan pasukan untuk kekal dalam Liga Super,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Perlis itu berkata barisan penyerang TRW juga seharusnya mempunyai sikap matang apabila mempunyai peluang menjaringkan gol.

“Kematangan di barisan serangan akan wujud apabila pemain sendiri ada daya usaha menyudahkan peluang terhidang.

“Apa pun kita tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja. Pemain perlu ambil pendekatan tidak kira macam mana pun kerana kita perlu mengutip sebanyak mungkin mata dalam baki enam perlawanan itu,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini