Saham T7 Global milik Vincent Tan melonjak 34.5 peratus - Utusan Malaysia

Saham T7 Global milik Vincent Tan melonjak 34.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Saham T7 Global Bhd. (T7 Global) ditutup 50 sen, meningkat lapan sen petang ini setelah melonjak sehingga 34.5 peratus dalam dagangan awal pagi, di sebalik kontroversi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di bawah kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH).

Vincent Tan
VINCENT TAN

Menurut laporan The Edge Markets, saham syarikat tersebut mencecah paras tertinggi hari­an pada 56.5 sen dalam daga­ngan awal, sebelum menamatkan sesi pagi pada 51.5 sen, naik 22.62 peratus atau 9.5 sen dengan 23.83 juta saham bertukar tangan.

Volum dagangan T7 Global adalah enam kali lebih daripada purata 200 hari volum kira-kira 3.9 juta saham, mencerminkan lonjakan kecenderungan terhadap syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sabtu lalu, sebuah portal berita melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan ECRL, satu daripada projek mega yang kini sedang dalam fasa rundingan semula manakala projek Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR) pula di peringkat kajian semula.

“Dikaji semula bermakna kemungkinan ia tidak dilaksanakan. Ia mungkin boleh ditangguhkan. Rundingan semula bermakna kami berbincang dari segi harga,” kata Guan Eng.

Menurut The Edge Markets, sebelum ini, T7 Global memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat milik kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd. (EPIC) dan syarikat milik penuh bumiputera, CMC Engineering Sdn. Bhd. bagi membentuk konsortium untuk melaksanakan projek ECRL bernilai RM60 bilion di Terengganu.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun muncul pemegang saham utama T7 Global, dengan pengambilalihan 21 juta saham atau 5.04 peratus kepentingan,” kata The Edge Markets.

Malah kata laporan akhbar perniagaan itu lagi, Vincent Tan juga merupakan antara usahawan yang paling berjaya di bawah Perdana Menteri ketika ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah memerintah negara selama 22 tahun sebelum bersara pada 2003. Berikutan kemenangan PH dalam PRU-14, Dr. Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini